Sudah pasti setiap kediaman dari perumahan berjenis pangsapuri, apartment dan kondominium mempunyai atau menubuhkan J.M.B atau badan pengurusan bersama bagi menyelenggara utiliti dan memberikan perkhidmatan menjaga keselamatan bagi satu-satu kawasan tersebut.
Tidak terkecuali setiap penempatan ini memiliki alat cegah kebakaran sendiri dan bangunan seperti penggera kebakaran, alat memadam kebakaran dengan penggunaan air dan alat cegah kebakaran Fire Extinguisher mudah alih atau dipanggil APA.
Berikut adalah alatan cegah kebakaran yang biasa anda lihat pada kawasan perumahan anda:-
1. Peranti Utama (brained bagi sistem cegah kebakaran bagunan)
Kebiasaannya alat ini ditempatkan di dalam bilik pejabat J.M.B atau di pondokpengawal keselamatan.
2. Alat cegah kebakaran menggunakan air (hose reel).
Kebiasaan alat ini diletakkan di kawasan tangga, atau di ruangan sebelah lift dan kebiasaannya ia akan dilabelkan pada pintu tempat simpanan alat ini dengan simbol tulisan Hose Reel.
3. Alat cegah kebakaran mudah alih (9kg fire extinguisher).
PERNAHKAH ANDA PERHATIKAN PERALATAN BERIKUT SAMA ADA MASIH BERFUNGSI ATAU SEKADAR WAYANG SAHAJA PADA ANDA.
Berhati-hatilah anda kerana bagi kita golongan penganut agama islam, ALLAH melarang kita menzalimi diri kita sendiri, ditakuti kita akan terkeluar dari golongan umat islam oleh kerana kita tidak mengambil berat akan keselamatan diri kita sendiri.
InsyaALLAH saya berkongsi sedikit tips kaedah - kaedah mudah bagi anda dapat memerhatikan sama ada apa yang anda bayar berbaloi dan tidak dianiaya.
KEROSAKAN PADA PANEL UTAMA SISTEM CEGAH KEBAKARAN.
Apabila anda memerhatikan pada panel keselamatan anda seperti ini:-
Kebiasaannya terdapat beberapa indicator bila anda melihat alat ini. Indicator akan bercahaya merah/kuning pada bahagian bahagian tertentu dan menandakan bahawa peralatan-peralatan berikut berfungsi atau tidak. Indicator berikut ada pada panel ini ialah:-
1.Indicator zone-menandakan kawasan kawasan yang dipasang peralatan mengesan kebakaran
2.Indicator power-memastikan bahawa peralatan-peralatan berikut berfungsi
3.Indicator bateri-setiap alat ini memiliki back up power supply sekiranya berlaku putus bekalan,
Jika anda melihat pada panel ini terdapat 3 penunjuk indicator yang akan menyalakan lampu merah/ kuning pada lampu kecil L.E.D :-
1. Penunjuk indicator normal-sistem berada dalam keadaan normal
2, Penunjuk indicator isolate- sistem pencegahan dimatikan
3. Penunjuk indicator fault - sistem mengalami kerosakan
KEROSAKAN PADA ALAT CEGAH KEBAKARAN MENGGUNAKAN AIR (HOSE REEL)
Setiap bangunan akan dilengkapi dengan alat ini bagi tujuan memadam kebakaran menggunakan medium air. Air diambil dari sistem paip air bomba yang telah tersedia oleh pemaju perumahan atau sistem pam air yang dibangunkan sendiri diambil dari punca bekalan air biasa.
Apabila anda melihat alat ini tanda-tanda kerosakan nya adalah hose air terlipat atau terdapat kesan koyakan pada hose air, tiada terdapat muncung penyembur air (hose nozzle),Hose Reel tercabut dan injap Stopcock rosak.
KEROSAKAN PADA ALAT CEGAH KEBAKARAN FIRE EXTINGUISHER.
Alat ini kebiasaannya dipanggil ABC fire extinguisher. Sebenarnya ia adalah salah satu alat cegah kebakaran mudah alih yang berada di pasaran. Di Malaysia terdapat beberapa jenis alat pemadam api mudah alih ini bersaiz dari 1kg, 2kg,4kg dan 9kg. Jenis nya pula adalah dari Dry Powder, CO2,Wet Chemical, Water dan Foam. Kesemua ini menjalankan fungsi masing - masing yang berbeza-beza kerana punca kebakaran yang berbeza - beza.
Bagi cara yang mudah anda ingin mengetahui sekiranya alatan ini masih berfungsi atau tidak adalah dengan anda memerhatikan pada injap tekanan terdapat pada alat ini. Sekiranya jarum injap menunjukkan pada kawasan hijau maka ia masih lagi elok digunakan, sekiranya penunjuk jarum berada pada bahagian merah menandakan alat ini sudah rosak akibat kebocoran atau ia pernah digunakan.
JANGAN BUANG ALAT INI SEKIRANYA IA SUDAH DIGUNAKAN, HANTAR KEPADA KONTRAKTOR YANG MENJALANKAN SERVIS ISIAN SEMULA KERANA ALAT INI DICIPTA TAHAN DALAM TEMPOH 10 TAHUN.
Sekian.
www,pemadamapiku.com
www.pemadamapiku.com/rumahku