BAHAYA BOTOL AIR MINERAL ATAU DRINKING WATER DALAM KENDERAAN

Kajian menunjukkan bahawa botol air Mineral atau Drinking water yang ditinggalkan di dalam kereta boleh menyebabkan kebakaran!


Menurut kajian yang dilakukan oleh Pusat Penyelidikan Epidemiologi  (kajian tentang faktor yang mempengaruhi kesihatan dan ketidaksihatan), kebanyakan dari bencana yang diakibatkan oleh air seperti wabak penyakit atau bencana alam. Terbaru kajian mendapati sebotol air mineral atau drinking water yang ditinggalkan didalam kenderaan boleh menjadi salah satu medium menghasilkan punca api dalam kenderaan apabila terdedah kepada matahari.

BAGAIMANA IA BOLEH BERLAKU?


Pernahkah anda cuba untuk membakar sekeping kertas dengan menggunakan kanta pembesar di bawah sinaran langsung dari cahaya matahari? Nah, prosesnya samalah seperti apa yang berlaku pada botol air.

Pernahkan anda melihat kanta pembesar boleh membias sinar matahari dan boleh menghasilkan suhu sehingga 250 darjah celcius. Kajian salah satu Jabatan Bomba di Barat Midwest, hasil biasan cahaya matahari yang ditujukan atau dibiaskan ke kanta pembesar yang terlalu lama boleh menghasilkan haba yang tinggi.