PUNCA-PUNCA BOLEH MENYEBABKAN KEBAKARAN PADA KENDERAAN.
Telah menjadi kebiasaan kebanyakkan pemandu muda di Malaysia telah melakukan pengubahsuaiaan pada kenderaan asal mereka tanpa mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan.Tanpa disedari pengubahsuaian pada kenderaan mereka boleh menyebabkan kebakaran.
Sebagai contoh pengubahsuaian pada bahagian enjin dan litar pendawaian asal mampu mengubah dan menjadikan ketidak seimbangan pada sistem asal kenderaan seperti meningkatkan suhu pada kenderaan yang mampu menghasilkan punca api dan litar pintas juga mampu menghasilkan api.
Faktor - faktor risiko penyumbang pada kebakaran kenderaan boleh berlaku bagi mereka yang melakukan modifikasi pada bahagian lampu, radio dan pendingin udara dan sistem tambahan hiasan dalaman pada kenderaan secara melampau juga penyumbang kepada berlakunya kebakaran pada kenderaan.
Oleh yang demikiaan maka sebaiknya kita mengambil langkah berhati-hati dalam melakukan sebarang pengubahsuaian kenderaan. Nasihat saya dapatkan nasihat pakar sebelum melakukan sebarang ubahsuai kenderaan kerana langkah anda mampu menyelamatkan nyawa anda dan pemandu kenderaan lain,
Sekian
www,pemadamapiku.com